Saturday, December 6, 2014

Set Vitamin untuk Perkembangan Kanak-kanak Sihat 1-3 Tahun

ADAKAH ANDA TAHU ?


Adakah anda tahu setiap tahap perkembangan kanak-kanak mempunyai keperluan nutrisi penting yang tersendiri ?? Sebagai contoh adakah anda tahu bahawa ...................

  • 75% daripada kapasiti otak berkembang antara kelahiran sehingga usia 3tahun??
  • Menjangkau usia 5tahun, perkembangan otak adalah 90% lengkap ??
  • 85% daripada kanak-kanak makan lebih sedikit daripada 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan setiap hari ?? Paling buruk lagi "kebanyakan" sayuran tersebut adalah dalam jenis/bentuk kentang (kentang goreng) dan tomato (kicap).
Hampir semua pakar nutrisi bersetuju bahawa kanak-kanak dari usia 2tahun ke atas harus makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin ketika mengamalkan diet yang seimbang iaitu rendah lemak, rendah asid lemak tepu dan rendah kolesterol.

Kebanyakan kanak-kanak adalah cerewet makan atau memilih makanan dan tidak mendapat semua nutrisi yang mereka perlukan dari diet sahaja, anda juga harus mempertimbangkan untuk menambah diet mereka.
Multivitamin yang seimbang adalah insurans nutrisi yang terbaik untuk apa yang mereka tidak dapat daripada diet mereka. Elakkan vitamin dengan perisa tiruan, pemanis, warna atau pengawet.

Anda mungkin terfikir-fikir dan tercari-cari apakah supplemen/vitamin terbaik untuk si comel anda.
Shaklee memperkenalkan set vitamin yang baik dan sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1-3tahun iaitu :-
  • Omega Guard
  • Meal Shakes
Apakah kelebihannya..?
Kelebihan set vitamin kanak-kanak shaklee adalah kerana SHAKLEE telah memberi 3jaminan
iaitu SELAMAT , BERKESAN & 100% SEMULAJADI. Klik untuk 3jaminan shaklee.

Omega Guard
Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik dunia kerana diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan.  Berbanding daripada produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega 3 EPA dan HDA.

Kebaikan Omega Guard
  • Asid Lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia berfungsi untuk meningkatkan kadar kreativiti dan daya tumpuan kanak-kanak terutama bagi kanak-kanak autisme dan hiperaktif.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. 
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru -mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - kajian telah menunjukkan Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, autisme dan kanak-kanak hiperaktif.
Lain-lain kebaikan OMEGA GUARD


MEAL SHAKES

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisi yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Kebaikan MEAL SHAKES
  • Nutrisi Lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. 
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa). membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.  
Lain-lain kebaikan MEAL SHAKES

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...