Wednesday, October 16, 2013

Set Vitamin Shaklee Nutrisi untuk Anak Hiperaktif (ADHD) - Punca dan Petua Penjagaan



Hiperaktif atau 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' (ADHD) cenderung berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak pada masa kini. Hiperaktif ialah kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat.

Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif
  • degil, lasak dan tidak boleh duduk diam
  • suka membantah dan melanggar peraturan
  • leka dan sukar memberi tumpuan terhadap sesuatu aktiviti
  • selalu tidak puas hati
  • mudah rasa tertekan
  • suka bermain sendirian dan tidak suka bergaul
  • tidak suka bercakap dan berbual
  • sering berpeluh, sakit perut dan cirit-birit






Punca Hiperaktif

Punca sebenar masih tidak dapat dikesan oleh para penyelidik pada masa ini. Namun kajian berterusan masih giat dijalankan.
Walaubagaimana pun terdapat sesetengah pendapat menyatakan punca kanak-kanak hiperaktif terdiri daripada beberapa faktor :-
  • Gangguan genetik - kanak-kanak dengan gen tertentu mempunyai tisu otak yang nipis yang dihubungkan dengan pusat kawalan tumpuan.
  • Faktor persekitaran - lampu neon, kecederaan otak dan keracunan makanan
  • Faktor nutrisi - terlalu banyak pengambilan gula, flouride, coklat dan makanan ringan yang tidak berkhasiat
  • Pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau oleh ibubapa juga diyakini sebagai penyumbang kepada gangguan otak kepada kanak-kanak.


 Tips atau Petua Penjagaan Kanak-kanak Hiperaktif

  1. Kurangkan pengambilan gula lebihkan makanan yang berkhasiat kepada anak
  2. Disiplinkan anak dari awal dan memberi nasihat supaya tidak melakukan perkara negatif
  3. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak kerana adakala tindakan mereka merbahaya
  4. Segera menegur atau menasihati anak sekiranya apa yang dilakukan boleh mendatangkan akibat buruk
  5. Meluangkan lebih banyak masa untuk bercakap, berbual dan bermain dengan anak. Jangan sesekali menunjukkan perasaan benci terhadap tinkah laku mereka.
  6. Jangan mengunkapkan kata-kata negatif seperti 'bodoh' atau 'degil' dan seumpamanya.
  7. Tukar perkataan 'jangan' kepada ayat yang mendorong mereka mengikut arahan contoh ' jangan lari !' kepada ' boleh tak berjalan, kalau lari nanti takut jatuh'
  8. Mempelbagaikan aktiviti yang kreatif untuk mengelakkan kebosanan.
  9. Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka.
  10. Usahan berterusan dalam mendidik anak hiperaktif tanpa rasa jemu dan putus asa.
  11. Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t dengan penuh yakin.

Pemakanan Kanak-Kanak Hiperaktif
Pemakanan juga merupakan penyumbang utama kepada berlakunya Hiperaktif. Oleh itu amatlah penting ibubapa menitik berat pemakanan sihat dan berkhasiat kepada anak hiperaktif.

Shaklee juga menawarkan makanan tambahan yang boleh mengurangkan dan memberi kesan kepada perilaku kanak-kanak hiperaktif.

OMEGA GUARD

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik dunia kerana diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan.  Berbanding daripada produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega 3 EPA dan HDA.

Kebaikan Omega Guard
  • Asid Lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia berfungsi untuk meningkatkan kadar kreativiti dan daya tumpuan kanak-kanak terutama bagi kanak-kanak autisme dan hiperaktif.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. 
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru -mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - kajian telah menunjukkan Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, autisme dan kanak-kanak hiperaktif.


MEAL SHAKES

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisi yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Kebaikan MEAL SHAKES
  • Nutrisi Lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. 
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa). membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.  

'KEKAYAAN YANG PALING BERNILAI IALAH KESIHATAN'

UNTUK MAKLUMAT DAN TEMPAHAN HUBUNGI :

NAMA : ROZILA
SMS/CALL/WHATAPPS : 011 11247274
SID : 979382


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...