Tuesday, October 22, 2013

Legasi Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee, Sr
(Pengasas Shaklee)

Selama tempoh lebih 5 dekad, Syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.

Pada tahun 1915, Dr.Forrest C.Shaklee telah mencipta 'vitalized minerals' iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan SHAKLEE CORPORATION yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.
 

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, SHAKLEE kembali kepada semulajadi - dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah yang bersifat 'biodegradasi' di dunia.

Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, SHAKLEE melaburkan berbillion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang SHAKLEE. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan SHAKLEE.

Syarikat SHAKLEE meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.


                                  " lebih banyak anda berkongsi dengan orang lain,
                                    lebih tinggi nilai saham anda,
                                    lakukan kepada orang lain sebagaimana anda
                                    mahukan mereka lakukan kepada diri anda."

                                   "the more you share with others,
                                    the more valuable your share will become...,
                                    do unto others as you would,
                                    have them do unto you."
                                                                                            Dr. Forrest C.Shaklee



Kisah Dr. Shaklee

Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.

Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

1 comment:

  1. Bagusnya blog ni. sayang biar saja, kalau aktif mesti boleh dapat sales banyak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...