Tuesday, November 18, 2014

Resepi Buah dan Sayuran Untuk Meningkatkan Stamina dan Nafsu Seks


  
Dalam kehidupan seharian yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mencari nafkah untuk menyara keluarga adakalanya kita sering mengabaikan pengambilan nutrisi yang mengcukupi. Dalam keadaan kita penat bekerja di tambah dengan pengambilan nutrisi yang tidak mengcukupi mengakibatkan kita kehilangan tenaga secara berterusan. Keadaan ini akan memberi impak atau kesan kepada penurunan nafsu seks juga kadangkala mengundang masalah kesihatan dalaman dan juga rumahtangga.

Bagi mengatasi masalah tersebut selain daripada pengambilan supplemen dan vitamin (Set Vitamin Bagi Merawat Lemah Tenaga Batin Shaklee) , terdapat juga pelbagai resepi buah dan sayuran yang boleh kita amalkan di dalam pemakanan harian.

Di sini saya kongsikan beberapa resepi jus buah dan sayuran yang sangat baik untuk meningkatkan stamina dan nafsu seks kita selepas menjalani kehidupan harian yang memenatkan.



JUS SARI MALAM
Bahan-bahan :
  • 100gm avokado
  • 50gm tauge alfafa
  • 60gm kacang soya, direbus kemudian dikisar
  • 100ml susu tawar cair
  • 1 sudu makan susu pekat manis coklat
  • 2cm halia
  • 1 sudu makan limau lemon
  • 3ketul ais
Cara Membuat :
1. Masukkan avokado, tauge alfafa, kacang soya, susu tawar cair, susu pekat manis coklat, halia, jus lemon dan ais ke dalam bekas pengisar.

2. Kisar hingga hancur.

3. Tuang jus ke dalam gelas dan hidangkan segera. 

 

JUS TORAKOR
Bahan :
  • 100gm kurma dipotong
  • 150gm tomato dipotong
  • 100ml perahan limau manis
  • 1sudu makan madu
  • 3ketul ais
Cara Membuat :
1. Masukkan ketulan kurma, tomato, perahan air limau manis, madu dan ais ke dalam bekas pengisar.

2. Kisar hingga hancur.

3. Tuang jus ke dalam gelas dan hidangkan segera. 



ROMANTIC JUICE
Bahan-bahan :
  • 100gm anggur merah
  • 150gm betik dikupas lalu dipotong
  • 60gm tauge alfafa
  • 60ml air sejuk
  • 1sudu makan madu
  • 1sudu makan jus lemon
  • 3ketul ais
Cara Membuat :
1. Masukkan ketulan betik, anggur merah, tauge alfafa, jus lemon, madu, air sejuk dan ais ke dalam bekas pengisar.

2. Kisar hingga hancur.

3. Tuang jus ke dalam gelas dan hidangkan segera.



SUP SAYUR JAGUNG MUDA
Bahan-bahan :
  • 5biji jagung muda
  • 2ikat bayam
Rencah :
  • 3ulas bawang merah
  • 2ruas jari cekur
  • 1helai daun salam
  • 1sudu makan gula melaka
  • 1sudu makan garam
Cara Membuat :
1. Potong jagung muda dan bayam.

2. Hiris bawang merah dan cekur.

3. Rebus jagung muda dengan 4gelas(1000cc) air sehingga masak.Masukkan rencah, kacau rata.

4. Masukkan bayam, kacau sebentar, dan angkat.

5. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...