Saturday, December 6, 2014

Masalah Dingin Seks Dikalangan Wanita atau Isteri

Mengapa Isteri Dingin Seks???

 
Adakah anda berhubungan intim secara terpaksa kerana memikirkan ianya adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang isteri terhadap suami?

Anda silap sekiranya memandang ringan peranan hubungan ranjang kerana ianya bukan sahaja merangkumi aspek keseronokan fizikal malah "kunci' kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat sesebuah perkahwinan.

Terdapat pelbagai punca berlakunya masalah ini antaranya : -

1. Faktor Emosi - bebanan kerja seharian boleh mengganggu emosi serta memberi tekanan kepada isteri.
2. Faktor Psikologi - psikologi juga paling penting kerana otak adalah organ utama yang mengawal pemikiran dan menentukan tahap keghairahan seksual.
3. Faktor Usia - apabila wanita mengalami menopause, wanita cenderung dingin seks kerana kekurangan aras hormon estrogen yang mengakibatkan kekeringan faraj yang menyebabkan kesakitan semasa melakukan hubungan intim.

Namun begitu terdapat lagi faktor-faktor lain yang boleh membawa kepada masalah dingin seks.

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Nik Hazlina Nik Hussain berkata, hubungan seks bagi seseorang lelaki adalah persetubuhan manakala bagi seorang wanita/isteri pula beranggapan sentuhan dan belaian paling penting dalam hubungan intim.

Katanya lagi, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual 'penetrative' yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan 'non-penetrative' yang tidak melibatkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.

Masyarakat Timur juga dikatakan cukup terbatas dalam membicarakan isu seks secara terbuka dan perkara itu sering kali dikaitkan dengan kekangan budaya serta agama.
Walaubagaimana pun, di antara lelaki dan wanita keterbatasan itu jelas membelenggu kaum Hawa biarpun pada masa dulu, golongan ini dikatakan lebih menonjol dalam menjaga hubungan intim.

Penting bagi suami memahami masalah tersebut dan bersama-sama mempelajari kaedah bagi meningkatkan nafsu seks terutama dengan pandai membelai isteri.

Salah satu cara bagi mengatasi masalah dingin seks ialah dengan mengamalkan senaman misalnya aerobic kerana regangan yang dilakukan dapat memberi kesan terhadap tubuh badan.
Atau boleh juga melakukan senaman 'kemut' yang dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang. Selain itu ianya juga dapat menjauhkan daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi dan lain-lain. Ianya juga dapat menguatkan otot di pelvik justeru cengkaman otot akan menjadi kuat sekaligus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan dan wanita itu sendiri.

Klik untuk cara melakukan senaman kemut.

Selain itu, pengambilan supplemen atau vitamin yang tertentu juga dapat membantu mengatasi masalah dingin seks tersebut iaitu dengan pengambilan secara konsisten Vita-E Complex dan Alfafa yang dapat mengimbangi kestabilan hormon wanita sekaligus memberi kesan Libido (rangsangan seks) kepada kedua-dua pasangan.
Set vitamin ini juga dikenali sebagai set vitamin cinta. Klik untuk info lanjut set vitamin cinta.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...