Friday, April 11, 2014

Bahaya Monosodium Glutamate (MSG) Kepada Kesihatan

Monosodium Glutamate(MSG) merupakan perencah makanan atau selalu pembeli menyebut salah satu jenama ajinomoto. MSG banyak digunakan oleh masyarakat Cina dan India di dalam masakan mereka.
MSG sebenarnya diperbuat daripada sejenis rumpai laut Laminaria Japanica yang mengandungi glutamate semulajadi yang mengandungi unsur rasa asas iaitu manis, masam, masin dan pahit.

Melihat potensi glumate tersebut sebuah syarikat Jepun terus menyambar peluang untuk mengembangkan MSG secara komersial. MSG
sesungguhnya berbentuk saripati sodium yang diekstrak dari rumpai laut, bit dan bijian seperti kacang dan soya juga mengandungi unsur-unsur kimia yang membawa kepada sindrom alahan serius.



 Makanan Yang Mengandungi MSG
- Makanan ringan ( Cheez, Balls, Chiki, Cheerio, Yoshi)
- Mee goreng, bakso, mee rebus dll
- Sup , Tomyam, Kicap, Sos, Kiub banyak lagi


 
 Bahaya MSG
1. Mabuk MSG
Gejalanya biasanya muncul 3-35 minit setelah pesakit makan makanan mengandungi MSG dimana pesakit akan merasa belakang, tengkuk, rahang bawah dan leher bahagian bawah merasa kebas. Lama kelamaan semua bahagian tersebut merasa panas dan wajah kemudian berpeluh. Terdapat sesetengah pesakit akan merasa sesak nafas dan perut menjadi mual. Ianya akan hilang dengan sendiri setelah beberapa jam atau dalam masa 5hari.
Pemeriksaan tahap MSG dalam serum darah pesakit memberi bukti jelas bahawa MSG yang menyebabkan keracunan itu di andaikan adalah gamma-amino butyric acid (GABA) atau asid amino gama butirat, serotin atau histamin. Apa yang lebih bahaya lagi hasil penguraian MSG pada suhu tinggi boleh menghasilkan karsinogen dan mutagen yang boleh merangsang kepada pertumbuhan kanser terutama kanser hati, usus dan otak. Bahkan boleh menyebabkan kelainan fisiologi pada genetik.

2. Cacat Janin dan Bayi
MSG juga boleh merosakkan perkembangan fizikal janin. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Iwan T.Budiarso, pengajar patologi fakulti perubatan, Universiti Tarumanegara, Jakarta.....terhadap embrio ayam dengan menyuntik 1.5mg - 6mg(had MSG selamat pada manusia) ....setelah anak ayam menetas cukup banyak kecacatan fizikal yang berlaku seperti mata buta, kulit gondol dan lumpuh.

3. Sel Menjadi Lumpuh
Kajian sebilangan institusi pengajian tinggi di AS... MSG mampu melumpuhkan otak cedera dengan meningkatkan pengumpulan asid glutamate dalam rangkaian sel otak.
Kesimpulan ini dibuktikan lagi oleh hasil kajian Dr.Carl Cotman, ahli neurobiologi dari Universiti California di Irvin... menurutnya di dalam tubuh akan berlaku metabolisma MSG antara lain menjadi iron natrium. Apabila seseorang mengambil MSG dengan kadar yang banyak baik minuman, kuah sayur seseorang akan rentan menjadi lumpuh.

4. Had Selamat yang Tidak Selamat
Joint Expert Committee on Food Additives (JECFA) jawatankuasa penasihat WHO menetapkan had pengambilan MSG tidak melebihi 6g untuk berat badan 50kg sehari. Walau bagaimana pun kajian yang dilakukan tidak mengambil kira tempoh masa pengambilan MSG sepanjang hidup. Tahap racun MSG adalah rendah sehingga kesannya tidak dapat dirasai dalam jangka masa yang singkat.
Oleh itu siapa yang berani menjamin bahawa 10-20 tahun akan datang tidak ditemui bayi yang cacat disebabkan ibunya mengambil banyak MSG?????

Oleh itu marilah kita memberi kesedaran kepada keluarga, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling mengenai bahaya MSG...

Sumber : Sihat itu Mahal - Imam Ahmad Ibnu Nizar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...