Saturday, March 15, 2014

Krisis Pemulihan (Healing Krisis)

Sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen krisis pemulihan akan terjadi.

Sewaktu jangka masa penyesuaian ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun tubuh akan lemah dan akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan olek toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangka masa lama- sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan terjadinya pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangka masa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...