Monday, March 24, 2014

Kentut Vagina Jangan Ambil Mudah

Kentut vagina/faraj merupakan keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan angin/udara dan berbunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat daripada udara terperangkap di dalam faraj atau dicelah-celah lapisan majora lalu dilepaskan seperti berlaku kentut dubur.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila wanita berkenaan membasuh bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah-celah kelopak-kelopak labia lebih ketaa dirasai semasa pergerakan solat yang akan mengeluarkan bunyi dan rasa seperti terkentut.

Antara faktor dan penyebab berlakunya kentut vagina ialah :-
- Wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut wanita yang telah melahirkan ramai anak
- Wanita yang mengalami masalah jatuh peranakan
- Wanita yang tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas)

Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut sebelum berwhuduk dan menunaikan solat :-
1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih (panty-liner).
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk.

Cara mengatasi masalah kentut vagina adalah seperti berikut : -
1. Melakukan senaman kemut bagi menguatkan semula otot-otot kemut bertujuan menutup kemas bukaan faraj.
2. Dengan mengamalkan supplemen seperti Alfafa Complex dan Ostermatrix

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...