Wednesday, April 23, 2014

KENAPA PERLU BANYAK MINUM AIR



Air Membantu Mengurangkan Berat Badan - Anda perlu minum banyak air untuk menghindarkan anda terhidrasi semasa menurunkan berat badan. Apabila anda terasa lapar cuba anda minum air sebab sebenarnya anda bukan lapar tetapi sel-sel badan anda kekurangkan air itu yang meyebabkan anda terasa lapar.
Air Membantu Membakar Kalori - Air sebenarnya membantu badan anda dalam proses membakar kalori dan meningkatkan metabolisma badan.
Air Mengeluarkan Toksin - Apabila badan anda membakar kalori, tubuh badan anda akan mengeluarkan toksin. Air membantu untk menbuang toksin di dalam badan melalui sistem perkumuhan.
Air Membantu Melancarkan Peredaran Darah - Apabila anda kekurangan air di dalam badan anda menyekat pengaliran darah dalam tubuh dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot dan membuatkan anda berasa cepat letih. Itu adalah tanda anda kekurangan air.
Air Membantu Menyembuh Masalah Sembelit - Anda sudah mengambil serat dan protein dan secukupnya tetapi anda kekurangan air dan menyebabkan anda sembelit. Pengambilan serat dan protein yang cukup tanpa air yang mencukupi menyebakan fungsi serat terhalang.
Air Membantu Melancarkan Sistem Badan - Setiap hari badan kita akan kehilangan lebih kurang 2 liter air melaui proses perkumuhan, pernafasan dan lain-lain aktiviti. Jadi, anda perlu mengantikan air yang hilang itu agar dapat melancarkan sistem badan.
Air Membantu Proses Penghadaman. - Air membantu anda dalam proses penghadaman melalui ia melarutkan bahan buangan dan menyebabkan ia mudah di keluar. Apabila anda bangun tidur dan minum air bersama dengan herbal aloe concentrated ia akan membuatkan perut anda lega di pagi hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...